So surf internet ni terjumpa pelbagai cara untuk jimatkan ruang simpanan stock EBM . Maklum laa, nak beli Freezer tarif electric daa nak naik tahun depan, nak simpan dlm peti Ais bahagian Freezer berebut tempat dgn ikan, ayam, nak stockkan as Chill je tak tahan lama kan... So ini adalah cara paling mudah, murah dan selamat untuk simpan stock Susu EBM, paling penting Jimat Ruang Peti Ais.
Pertama sekali bahan bahan yang diperlukan untuk menyimpan susu:
1) Masking tape
2) Pen/ Marker
3) Breastmilk storage bag
Masking tape dan marker tuu untuk tandakan tarikh, jam, sesi keberapa Pump. Saya lebih suka tulis nombor juga. So takler berair mata dok tilik tarikh ha ha, just pick up by number je. Cth hari ni guna Susu bertanda No 1-6, esok 7-12 pulok..senangkan.
Susu yang dipump perlu di chillkan dulu. Kemudian dimasukkan ke dalam Breastmilk storage bag secara seragam. Contoh jika anak minum 3oz , so masukkan 3oz je laa setiap bag.
Ni contohnya... masukkan Susu dalam sukatan seragam mengikut demand anak. Ada yang masukkan 3oz... ada 4oz.
Setelah Susu dalam storage bag beku, susun cantik2 macam nii. Jimat ruangkan...sedap mata memandang. So susu, ikan, ayam tak perlu bergaduh berebut ruang he he. Ok jom mulakan penjimatan Ruang peti Ais...so jimat duit nak beli Freezer, jimat elektrik juga.
No comments:
Post a Comment